Sunday, October 4, 2009

Mahasiswa dan Hedonisme


Seperti yang diketahui, hedonisme merupakan budaya hiburan yang melampau-lampau yang mana ianya semakin berleluasa di kalangan mahasiswa. Sikap mahasiswa yang inginkan keseronokan dan hiburan yang tidak mengira masa, tempat mahupun hukumnya di sisi agama. Hedonisme ini asalnya dari Barat yang mana media massa barat ini banyak memaparkan program-program realiti mereka yang tersendiri. Ini bermakna ia bukanlah budaya kita yang sebenar, akan tetapi Hedonisme ini semakin hari semakin mempengaruhi dan meresap ke dalam jiwa pemuda-pemudi khususnya yang beragama Islam. Secara tidak langsung budaya ini telah mempengaruhi identiti dan tingkah laku golongan pemuda-pemudi ini yang memberi kesan negatif terhadap diri mereka ini. Hedonisme ini juga merupakan salah satu sebab dan faktor berleluasanya zina. Ini kerana berlakunya percampuran dan pergaulan yang bebas di kalangan lelaki dan perempuan dan ianya tidak mustahil boleh berlakunya maksiat antara mereka.

Mahasiswa merupakan golongan intelektual yang dipandang tinggi dan mempunyai keistimewaannya di mata masyarakat. Namun demikian, dengan sikap mahasisiwa yang seakan-akan leka dan lalai kepada hiburan dan lupa kepada amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, maka mahasiswa kini tiada bezanya dengan golongan sebaya mereka yang lain. Mentaliti mahasiswa kini lebih banyak inginkan hiburan iaitu mereka banyak menganjurkan program-program dan pertandingan-pertandingan berbentuk hiburan semata-mata. Selain itu, bahayanya hedonisme ini ialah tanpa kita sedari ianya memegang kepada pandangan Epikuris yang menyatakan bahawa: "Bergembiralah engkau hari ini, puaskanlah nafsumu kerana esok engkau akan mati". Di sini membuktikan bahawa budaya ini hanya menganggap kesenangan dan keseronokan adalah tujuan hidup tanpa memandang kepada perkara lain.

Oleh yang demikian, kepada mahasiswa sedarlah dan ingatlah bahawa kita merupakan bakal mewarisi kepimpinan negara dan tunggak harapan negara. Mahasiswalah pada masa akan datang adalah golongan yang akan mencorakkan kepimpinan negara. Janganlah terpengaruh dan terpedaya dengan keasyikkan dunia yang sementara ini. Kembalilah kepada fitrah asal kejadian kita diciptakan di dunia ini.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu". Sahabat pun bertanya kepada baginda, "Apakah penyakit itu wahai Rasulullah?" Rasulullah pun menjawab, "Penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta dunia, saling memarahi dan hasut-menghasut sehingga zalim-menzalimi".




2 comments:

  1. tahniah...ana suka isu ini.ia dapat menyedarkan mahasiswa tentang bahayanya budaya hedonisme.ana sebagai mahasiswi dpt menggambil iktibar drpd artikel yang anti nukil..Budaya ini mungkin juga propaganda yang diwujudkan oleh musuh2 islam serta pendakyah barat yang sememangnya membenci Islam.Semoga dengan adanya artikel ini akan memberi sedikit inspirasi/iktibar bukan shj dr kalangan mahasiswa/i tetapi golongan belia di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. salam..saya juga setuju..Budaya hedonisme iaitu budaya yang gemarkan hiburan secara mekampau ibarat racun yang akan memusnahkan negara jika penerimaannya semakin meluas di dalam masyarakat.Moga-moga kita sebagai mahasiswa dapat membuat pilihan yang terbaik

    ReplyDelete