Saturday, October 3, 2009

Penjagaan Kesihatan dalam Islam

Dalam Islam, terdapat rahsia-rahsia ilmunya yang tersendiri. Tidak semua orang Islam mengetahui ilmu-ilmu dalam Islam secara menyeluruh dan mendalam. Menjaga kesihatan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia supaya kita terhindar daripada penyakit-penyakit yang yang tidak diingini dan bahaya. Di dalam al-Quran juga ada mengajar kita bagaimana menjaga kesihatan iaitu membuat amalan-amalan seperti:-
1) Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Ini kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2) Mengamalkan minum air sejuk pada waktu pagi. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, Insyaallah akan menjauhkan diri kita daripada penyakit iaitu susah hendak kena penyakit.
3) Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Apabila dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang yang berkenaan.
4) Makan dengan menggunakan tangan. Nabi Muhammad s.a.w juga mengajar kita makan dengan menggunakan tangan dan apabila selesai makan, hendaklah menjilat jari tersebut. Ini kerana ahli saintis juga telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari- jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak akan terhadam).
Selain itu, makanan yang kita makan sehari-hari perlu dijaga untuk mengelakkan penyakit -penyakit yang tidak diingini seperti kencing manis, keracunan makanan, jantung dan lain-lain. Kita seharusnya mencontohi amalan pemakanan dan diet Rasulullah s.a.w kerana baginda pandai menjaga pemakanannya dan tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya. Antaranya ialah tidak boleh makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Contohnya, Nabi s.a.w pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana bimbang akan cepat mendapat penyakit. Oleh yang demikian, penjagaan kesihatan sangat penting dalam kehidupan supaya kita tidak dihidapi penyakit dan dapat hidup secara sihat berpandukan cara-cara yang betul.

3 comments:

  1. salam...pada masa kini, masyarakat memang tidak mementingkan penjagaan kesihatan yang rapi dalam kehidupan, misalnya dari aspek makanan, mereka hanya makan mengikut hawa nafsu tanpa mementingkan khasiat yang terdapat pada makanan tersebut. oleh itu, makanlah makanan yang berkhasiat kerana ia boleh menjana minda yang sihat kepada kita.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    isu yang menarik.tahniah kepada penulis.Memang kita tidak dapat nafikan...di dalam arus era moden, ramai org yg jahil mengkritik atau mempersendakan sujud bagi umat islam tanpa memikirkan hikmah di sebalik amalan sujud yang Allah perintahkan setiap kali kita menunaikan solat Fardhu..sekurang 17 kaji sehari.Orang2 jahil akan mendapat malu sendiri apabila mengetahui bahawa amalan sujud ini dibuktikan sendiri oleh para sainstis barat. Subahanallah, Allah menciptakan sesuatu memang ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  3. hamba yang kuat lebih disayangi oleh Allah berbanding hamba yang lemah.hamba yang kuat boleh mempertahankan Islam manakala yang lemah tidak dapat berbuat apa-apa...wallahu a'lam

    ReplyDelete