Monday, October 12, 2009

Mesir:kawan atau lawan kepada Palestin

Mesir merupakan negara Islam dan peranan negara Islam seharusnya membantu serta menolong negara Islam yang lain daripada pihak yang hendak menentang Islam, akan tetapi negara Mesir telah membiarkan rakyat Palestin diserang oleh pihak musuh iaitu Israel. Bahkan dalam masa yang sama pemerintah Mesir sendiri telah menghalang sempadan dari dibuka kepada rakyat Palestin dan menghalang pasukan perubatan memasuki Gaza. Adakah ini sikap yang patut diikuti oleh negara Islam lain yang sanggup membiarkan saudara sendiri ditindas dan hidup dalam kesusahan tanpa bantuan saudara islam yang lain? Seharusnya tanggungjawab Muslim mengutamakan kebajikan dan menolong sesama Muslim bukannya mengkhianati saudara seagama sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: "Jadilah kamu semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim (yang lain). Janganlah dia menzaliminya, dan janganlah mengabaikan dia apabila dia memerlukan pertolongan, dan janganlah memperkecilkannya.." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Umat Islam di Palestin juga adalah saudara-saudara kita yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Berdasarkan hadis di ini, kita sebagai umat Islam perlu mengetahui bahawa seluruh umat Islam yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah berada dalam satu keterikatan yang mengikat mereka saling bergandingan dan memikul tanggungjawab memberikan bantuan ketika saudara-saudara Islam ditimpa musibah dan ancaman terhadap nyawa, harta-benda dan maruah mereka.

Dr Omar Abu Ubaid dari Institut Antarabangsa Al-Quds yang pernah bertugas sebagai wakil Hamas di Sudan menjadikan beliau salah seorang pemimpin komuniti Palestin pernah berkata bahawa yang mengepung wilayah Gaza adalah Mesir dan bukannya Israel atau Amerika Syarikat. Maka dengan itu, secara rumusannya ialah kita sebagai umat Islam mestilah saling bantu-membantu antara satu sama lain dan merasai kesengsaraan yang dialami oleh mereka iaitu kawan bukannya bekerjasama dengan musuh Islam untuk menghancurkan saudara seislam sendiri iaitu lawan kerana perbuatan ini sangat dimurkai oleh Allah s.w.t.

2 comments:

  1. saya setuju apa yang telah penulis blog ini sampaikan...sebagai saudara sesama islam seharusnya saling berkerjasama dan memikirkan kesejahteraan rakyat...bukan hanya membiarkan atau melihat sahaja saudara kita ditindas...ini menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai perasaan belas kasihan atas apa yang berlaku..seandainya mereka sdri yang berada di situasi tersebut sudah pasti mereka akan merasakannya sndri bertapa kejamnya hati2 yang bernama manusia...wallahua;lam..

    ReplyDelete
  2. Apabila manusia diberikan habuan dunia yang banyak, mereka akan kabur penglihatan mereka kepada agama Islam itu sendiri kerana kurangnya pendidikan kesedaran agama dlm diri. Oleh itu, persiapkan diri dengan Ilmu agama sebanyak mungkin mudah-mudahan dengan ilmu itu kita akan taat kepada Allah seterusnya mewujudkan satu revolusi ummat yang istiqomah dan ikhlas untuk menegakkan syiar Islam itu sendiri..

    ReplyDelete